SETELAH negara bergema dengan suara rakyat yang merintih berhubung kenaikan harga minyak bulan lalu, kini kedengaran di sana-sini rintihan rakyat yang mula bosan dengan senario politik negara.
Tidak kurang yang menganggap perkembangan terbaru ini sesuatu yang menarik kerana ia sekali lagi menampilkan satu permainan politik untuk menentukan siapa paling bijak mengatur strategi.
Masalah kekacauan politik akan melambatkan proses meneruskan kesinambungan perancangan pembangunan negara.
Pemimpin asyik berpolemik. Rakyat pula semakin keliru dan tidak tahu hala tuju sendiri. Walaupun rakyat tidak terlibat secara langsung dalam hal-hal politik, hakikatnya, fikiran mereka dikusutkan dengan pertelingkahan yang boleh mempengaruhi dasar-dasar pembangunan.
Bolehkah rakyat menikmati hidup yang makmur jika negara gagal memberikan peluang-peluang kemakmuran kepada mereka?
Secara rambangnya, kalau kita mengambil kira segala pendapat yang terkandung dalam beratus ribu laman web dan blog, antara kesimpulan yang dapat dirumuskan ialah, kebanyakan rakyat semakin luntur semangat kenegaraannya.
Kita sudah pun bersusah payah membina negara dan pembangunan yang membanggakan. Maka, kenapa harus pencapaian ini gagal diberi perhatian dengan bersungguh-sungguh.
Kita wajar mengambil iktibar daripada pergolakan politik di negara-negara luar terutama kebanyakan negara Asia. Kegawatan politik yang dicetuskan oleh pihak-pihak yang ingin mendapatkan kuasa melahirkan puak-puak penentang di kalangan rakyat sesebuah negara itu sendiri.
Masalah politik membataskan usaha kerajaan merancang pembangunan dan pemodenan.
Sebaliknya rakyat akan menyalahkan kerajaan kononnya gagal membawa sebarang perubahan. Sedangkan kegagalan itu berpunca daripada kekeliruan yang dialami rakyat.
Konflik politik kerajaan dan rakyat akan menjadi satu kitaran yang saling menjadi sebab musabab.
Jadi, di manakah titik fokus untuk hal-hal pembangunan.
Kerajaan tidak harus terlalu menumpukan kepada soal fitnah daripada pihak- pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sebaliknya, walau dalam apa keadaan sekalipun, kerajaan perlu memikirkan bagaimana menyusun pembangunan negara dalam mencapai wawasan negara maju.
Sesetengah orang berpendapat bahawa sistem politik Malaysia perlukan peralihan dan selepas itu pemulihan. Dan ada pula yang berpendapat bahawa keadaan politik perlu dipulihkan sebelum peralihan.
Kedua-duanya sama sahaja. Kesannya akan melambatkan wawasan pembangunan yang sudah digariskan sebelum ini.
Matlamat kita bukan semata-mata politik walaupun politik itu menentukan pembangunan.
Kita di Malaysia mengamalkan politik pembangunan. Jadi, politik dan pembangunan harus selari tanpa mengabaikan salah satu daripadanya.
Pada hari ini, bukan sahaja Malaysia mengalami senario ketidakstabilan ekoran pelbagai isu yang merencam dunia, negara-negara lain juga menghadapi keadaan yang sama.
StabilIni terutama masalah ekonomi dunia yang mengikat dasar-dasar pembangunan. Malang sekali bagi negara kita apa- bila terdapat pihak-pihak yang bertanggungjawab menimbulkan huru-hara me- nyebabkan Malaysia semakin kurang stabil.
Kita akui politik negara pada masa kini semakin kompleks bukan kerana sistemnya tetapi konsep check and balance yang tidak menggambarkan politik yang sihat di negara ini.
Walaupun demokrasi dijalankan, namun demokrasi tersebut dikongkong oleh pihak yang cuba menangguk di air yang keroh dan menjadi platform untuk menghuru-harakan negara.
Rakyat yang kebanyakannya hanya faham mengenai pilihan raya tidak tahu mengenai demokrasi telah dijajah dengan demokrasi yang kononnya membela kebebasan individu.
Sebagai pemimpin dan rakyat, kita masih mempunyai agenda untuk negara yang tercinta ini.
Tempoh 50 tahun yang berlalu bukan pengukur mutlak kepada pencapaian negara kita.
Sungguhpun kita sudah membangun dan lebih baik berbanding kerajaan lain, tetapi negara kita masih bergantung kepada dasar-dasar atau pengaruh luar khususnya negara Barat.
Oleh itu, jika kita gagal memajukan negara kita dengan baik seperti negara luar, mereka akan terus mengancam ke- stabilan dalaman negara. Rakyat akan menerima susah.
Oleh sebab itulah, kebejatan politik harus ditangani bersungguh-sungguh de- ngan pendekatan yang lebih berani dan tidak harus berkompromi dengan pihak- pihak yang semakin 'mengejar kuasa.'
Dalam hal ini, rakyat digesa menolak individu-individu yang berselindung di sebalik demokrasi yang diamalkan oleh kerajaan sekarang.
Kita tidak faham sekiranya masih ramai rakyat negara ini yang tetap menjadi tulang belakang kepada pengkhianat- pengkhianat negara.
Selagi mereka menjadi tulang belakang untuk mengkhianat negara ini, se- makin kukuhlah permasalahan politik yang akan mengalihkan tumpuan kerajaan terhadap pembangunan negara.
Dalam keadaan ini, rakyat juga perlu bermuhasabah kepada Tuhan agar diberi petunjuk yang dapat memelihara Malaysia daripada terus terdedah dengan politik kehancuran.
Rakyat juga digesa agar mempertimbangkan dengan bijak apa jua tindakan yang menggelapkan masa depan negara ini.
Tuesday, July 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment