KENAPA DAP khususnya Karpal Singh berani mempersoalkan hak dan kuasa Sultan Perak dalam isu pelantikan pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP)?
Apakah kerana peningkatan besar parti pembangkang pada pilihan raya umum lalu, menjadikan DAP lantang mencabar kedaulatan raja?
Itulah antara terlintas pada fikiran Awang dan mungkin juga ramai lagi warganegara yang menjunjung Perlembagaan.
Maka timbul lagi persoalan bagaimana agaknya jika negara ini dikuasai sepenuhnya oleh pembangkang terutamanya DAP?
Karpal tidak berhak mempersoalkan keputusan Sultan Perak membatalkan pertukaran serta-merta Pengarah JAIP, Jamry Sury berikutan arahan Menteri Besar, Mohammad Nizar Jamaluddin.
Ini kerana urusan hal ehwal agama Islam dan agensi-agensi di bawahnya adalah di bawah kuasa sultan.
Awang cukup pedih mendengar dakwaan Karpal bahawa Sultan Perak campur tangan dan mengaitkan pula bahawa negara kini bukan di zaman feudal.
Perbuatan Karpal ternyata biadab dan beliau perlu segera memohon ampun. Malah beliau harus bertanggungjawab terhadap sebarang kemungkinan buruk daripada kenyataannya itu.
Rencana UM 6/5/08
Tuesday, May 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment