Gerakan akan membentangkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan datang cadangan supaya diperkenalkan kod etika serta mekanisme disiplin bagi semua anggota parti komponennya.
Pemangku Presidennya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini berkata langkah itu penting bagi mencegah anggota parti komponen BN mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan mengamalkan tingkah laku yang bertentangan dengan tuntutan masyarakat, yang boleh menjejaskan perpaduan negara dan kesepakatan dalam parti gabungan itu.
Dalam satu kenyataan, beliau juga menyambut baik permohonan maaf oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi pihak Umno berhubung kenyataan seorang ketua bahagian Umno di Pulau Pinang yang dianggap menghina kaum cina.
“Keikhlasan Datuk Seri Najib itu menolong mengurangkan kemarahan dan ketegangan yang timbul akibat kenyataan bersifat perkauman yang dibuat oleh Datuk Ahmad Ismail (Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera),” katanya. Koh berkata BN serta parti komponennya perlu bersikap tegas dalam menangani kenyataan sensitif dan tidak bertanggungjaab seperti itu.
- Bernama
Wednesday, September 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment