Thursday, September 11, 2008

Perjalanan politik Dr. Mahathir


Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri yang keempat pada 1981 dan memimpin Malaysia sehingga Oktober 2003, menjadikan beliau adalah orang paling lama menjawat jawatan tersebut.

Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr. Mahathir, seorang doktor perubatan, dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (Pas) dengan majoriti sebanyak 60.2%.

Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa, dengan perbezaan 989 undi, selepas mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.

Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr. Mahathir dipecat daripada Umno pada tahun 1969 selepas pengedaran umum surat terbuka beliau kepada Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri pertama Malaysia).

Bagaimanapun beliau diterima kembali menjadi ahli Umno pada 7 Mac 1972.Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Hussein Onn pada Jun 1981. Kemudian sebagai Presiden Umno sehingga beliau bersara.Dr. Mahathir dipilih sebagai salah seorang Naib Presiden Umno pada 1975. Kemudian Tun Hussein Onn melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 15 September 1978.

Menerusi rombakan Kabinet, Dr. Mahathir turut dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Industri.

Pada tahun 1987, Dr. Mahathir menghadapi cabaran sengit dalam pemilihan parti tetapi berjaya menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah yang berganding dengan Tun Musa Hitam (bertanding jawatan Timbalan Presiden).

Susulan pemilihan itu, kes tersebut dibawa ke mahkamah dan Umno diharamkan pada tahun 1988. Umno Baru ditubuhkan susulan itu.

Tun Musa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Dr. Mahathir pada tahun 1986. Kedudukannya digantikan oleh Tun Ghafar Baba yang ditewaskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1993.

Anwar dipecat pada tahun 1998. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1999.

Pada 31 Oktober 2003, Dr. Mahathir mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan semua jawatannya dalam Umno serta menamakan timbalannya ketika itu, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai pengganti.

Setahun selepas melepaskan jawatan, Dr. Mahathir mengecam kepimpinan Abdullah sehingga membawa kepada pertemuan bersemuka tertutup.

Dr. Mahathir lantang bersuara, mengecam Abdullah sehingga 17 Mei lalu ketika pertemuan di Johor Bharu.

Selepas pilihan raya umum lalu, Dr. Mahathir dengan lantang menyalahkan Datuk Seri Abdullah dan menggesa agar beliau memikul tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan teruk BN.
Dr. Mahathir melahirkan rasa terkejut berikutan BN tumbang di lima negeri sehingga mencatatkan prestasi terburuk parti itu.

Beliau turut menyarankan Abdullah untuk berundur kerana menganggap penggantinya itu telah ‘memusnahkan’ Umno dan BN.

Bekas Perdana Menteri itu turut menggesa agar Umno menghapuskan sistem kuota pencalonan untuk pertandingan pelbagai jawatan parti termasuk jawatan Presiden bagi menggalakkan persaingan sihat.

Baginya sistem pencalonan wajar dihapuskan sekarang kerana boleh disalah guna bagi menghalang orang lain bertanding secara bebas.

Dr. Mahathir berkata, semasa pemerintahannya, sesiapa sahaja bebas mengemukakan pencalonan termasuk Tengku Razaleigh yang pernah menentangnya sebagai Presiden parti.
Dr M belum mohon masuk semula Umno, kata Najib
08-09-2008 05:10:49 PM
Tun Dr Mahathir Mohamad belum lagi membuat permohonan secara rasmi untuk menyertai semula Umno seperti yang didakwa sesetengah pihak, demikian di sahkan oleh Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Najib berkata setakat ini belum ada apa-apa lagi yang membuktikan cakap-cakap bahawa bekas presiden parti itu akan menyertai semula Umno adalah benar.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Permata Negara di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Di tanya sama ada Dr Mahathir telah pun membuat permohonan rasmi untuk menyertai semula Umno seperti yang diuar-uarkan sesetengah pihak, Najib berkata: "Saya tidak tahu. Belum ada (permohonan) secara rasmi. (Setakat ini) belum ada apa-apa lagi.

Katanya beliau hanya akan mengulas lanjut isu itu selepas mendapat pengesahan yang lebih formal.

Cakap-cakap bahawa Dr Mahathir akan menyertai semula Umno kini tersebar kencang di kalangan ahli-ahli Umno, terutama melalui emel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Usaha membawa Dr Mahathir kembali ke pangkuan Umno dikatakan diusahakan beberapa pemimpin parti itu sendiri, termasuk salah seorang naib presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dua lagi bekas pemimpin Umno yang dikatakan terlibat dalam usaha itu ialah bekas setiausaha agungnya Tan Sri Sanusi Junid yang turut keluar Umno bersama-sama Dr Mahathir Mei lalu dan seorang lagi bekas setiausaha agung parti Tan Sri Sabaruddin Chik.

No comments: