Wednesday, September 24, 2008

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

ADA sahaja gerakan baru yang dilakukan oleh PKR. Antaranya menyebarkan dakwaan termasuk di luar negara kononnya perundingan dengan kerajaan sedang berjalan bagi peralihan kuasa kepada pembangkang.

Sebab itu, Awang tidak terkejut dengan reaksi Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang menafikan dakwaan itu sambil menyifatkannya sebagai ‘laporan paling gila.’

Sesungguhnya tindak-tanduk PKR yang terus melakukan provokasi dan perang psikologi keterlaluan menampakkan parti itu tidak keruan dan cukup terdesak.

Bukanlah Awang mahu mengambil mudah pemimpin PKR yang sangat bercita-cita tinggi dan mahukan kuasa ikut cara pintas.

Tetapi elok rasanya mereka mencermin diri dan realistik kepada persekitaran politik sebenar mengikut amalan demokrasi.

Adalah lebih baik PKR berusaha segera memulihkan imej parti itu yang rosak teruk daripada asyik menjadi umpama kisah si luncai bersama labu- labunya

No comments: