Thursday, February 28, 2008

‘Fatwa’ Hadi Awang

Hadi Awang.
1
SAUDARA-saudara sekalian, percayalah kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO.Kita menentang BN bukan kerana namanya BN. Kita menentang dia kerana mengekalkan perlembagaan penjajah,mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.

Oleh kerana itulah, kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, derma kita adalah jihat dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.

– Kampung Banggul

Peradong, Terengganu

7 April 1981.

2
ORANG UMNO dianggap kafir berpandukan tiga faktor:

* Ahli-ahli UMNO telah menyokong perlembagaan negara yang bukan merupakan perlembagaan Islam.

* Pemerintah yang terdiri daripada orang-orang UMNO telah meletakkan perlembagaan negara lebih tinggi dari al-Quran

* Kezaliman yang telah ditunjukkan oleh pemerintah terhadap orang-orang Islam, khususnya Pas, jelas menunjukkan mereka tidak Islam.

- 17 Jun 1986.

3
JADI apa salahnya buat demonstrasi? Biarlah mereka buat, bukannya mereka bakar kereta. Kalau bakar, ambillah tindakan.
– Kangar,

18 Februari 2008.

4
URUSAN memilih pemimpin adalah lebih besar daripada meminang.
Oleh itu tidak salah mendedahkan keburukan-keburukan yang pernah mereka lakukan.

– Kuala Besut

27 Februari 2008.

No comments: